PENDAHULUAN

 

Penyalahgunaan dadah memang tidak asing lagi di dalam Perkhidmatan.
Seperti yang sedia maklum dadah juga tergolong di dalam 6 jahanam yang telah di
beritahu oleh Ybhg PTL sendiri. Sebenarnya, dadah dijadikan sebagai ubat untuk
menahan sakit tetapi sebilang Anggota telah 
salah gunakan dadah sebagai bahan rangsangan yang juga boleh
memudaratkan diri sendiri. Antara dadah yang popular digunakan ialah Heroin,
Ganja dan Syabu.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Seperti yang kita tahu Dadah
juga adalah musuh utama di dalam perkhidmatan. Disebabkan penyalahgunaan dadah
juga akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada Anggota dan keluarga anggota
sndri yang akan menerima tempias di atas masalah Dadah itu juga.. Seorang
Anggota yang terlibat dengan penagihan dadah juga secara tidak langsung akan
mengakibatkan masalah jenayah seperti mencuri, merompak dan menjual harta benda
kerajaan untuk mendapatkan wang yang cukup untuk membeli dadah. Anggota yang
tidak dapat diselamatkan lagi akan memudaratkan perkhidmatan dan keluarga
sendiri akan menerima tekanan akibat dadah yang dilakukan oleh anggota itu
sendiri.

 

Penyalahgunaan
dadah juga terjadi disebabkan kurangnya kesedaran terhadap kesan yang akan
menimpa mereka dan keluarga. Seperti yang kita tahu juga akibat dadah ini juga
terlalu banyak kesan buruk akan di tanggung oleh Anggota itu sendiri ianya
harus diatasi sendiri dengan bantuan orang yang terdekat dengan anggota seperti
ahli keluarga dan rakan sekerja. Cara atasi yang paling utama adalah memberi
kaunseling mengenai betapa bahayanya dadah dan mengajar bagaimana cara-cara
untuk menjauhkan diri dari gejala penagihan dadah ini. Seperti yang kita sedia
maklum juga Agensi Kerajaan seperti Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) telah banyak
membuat ceramah kesedaran mengenai bahaya nya Dadah di dalam perkhidmatan TLDM
tetapi masih ada juga Anggota yang terlibat di dalam masalah penagihan dadah..

Pengambilan
dadah yang berlebihan akan menyebabkan seorang itu berada didalam keadaan berkhayal,
ketagih dan ada juga boleh membawa maut akibat berlebihan mengambil dadah.
Penggunaannya yang kerap boleh mendatangkan kesan yang buruk pada diri, keluarga,
bangsa dan agama.

TUJUAN

Masalah yang terjerumus didalam pengambilan dadah ini
juga tidak mengenal sesiapa seperti pelajar, pekerja swasta, penjawat awam pun
tidak terkecuali juga malah yang berpangkat juga ada yang terlibat didalam
gejala ini. Bagi yang mula menceburi dalam bidang penagihan ini pada mula nya
ia hanya untuk berseronak dan ada juga yang memberi alasan untuk menghilangkan
stress. Seseorang yang sudah terlibat juga akan bergantung kepada dadah dan boleh
menyebabkan ketagihan yang teruk.

Anggota yang terlibat juga  kita boleh mengenal pasti dari beberapa sudut
seperti penampilan yang tidak kemas,tidak cergas dari segi cara berfikir dan
kurang member focus di dalam sesuatu tugas yang di berikan. Masaalah ini juga
akan membawa masalah kewangan dan keluarga akan menerima impak yang besar
mengenai dadah ini juga. Lebih merungsingkan lagi pihak atas kita jika ada anggota
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)
khas nya yang terlibat di dalam masalah penagihan dadah ini. Kredibiliti ATM
dan TLDM juga turut terkena tempias dengan gejala  tidak bermoral ini. Disebabkan ada sesetengah
anggota yang terlibat nama perkhidmatan juga akan terjejas..

Penglibatan
anggota ATM di dalam penyalahgunaan dadah juga sering kita dengar melalui media
seperti facebook, twiter dan laman social yang lain yang menceritakan tentang
terlibat nya anggota ATM di dalam dadah ini sehingga di jatuhkan hukuman.
Tetapi masih ramai juga yang terlibat 
yang salah laku segelintir anggota ATM, ini sering kali kita dengar dan
menjadi buah orang awam samada melalui media cetak mahupun media elektronik.
Anggota tentera dituduh membunuh, merompak, menyamun, meragut, merogol, akibat
dengan terlibat nya dengan dadah di dalam perkhidmatan. Tidak kurang juga ada
yang menjadi pengedar. Masalah penagihan dadah dan mengedar dadah sudah menjadi
ancaman yang sangat kritikal dan tidak boleh lagi boleh dipandang remeh walaupun
usaha dan pemantauan sering dipergiatkan kepada pegawai dan anggota di setiap Markas
dan Formasi.

Pihak
yang bertanggujawab juga perlu mencari apakah punca sebenar masalah ini yang
sering berulang, Pihak pengurusan juga perlu menjatuhkan hukuman yang berat
kepada anggota yang terlibat seperti memberhentikan anggota itu di dalam perkhidmatan
demi untuk menjaga nama baik ATM amnya dan TLDM khasnya.

TLDM juga sering kali mancari cara yang terbaik bagi pembenterasan
gejala dadah seperti menganjurkan ceramah kesedaran oleh Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK),dan juga mebuat saringan air kecing secara mengejut di unit-
unit, formasi  dan markas. Pelbagai
kempen anti dadah anjuran Markas atau Unit.
TLDM perlu melihat dari segi yang berbeza bagaimana cara untuk menangani gejala
ini. Pada era ini juga terlalu sukar untuk mengawal dari terjebak nya seseorang
anggota itu di dalam masalah tidak bermoral ini.

Pihak pengurusan juga perlu melihat semula dari sudut
latihan dan penekanan disiplin anggota. Tetapi masalah ini juga tidaklah harus
di tanggung sepenuhnya oleh perkhidmatan malah ahli keluarga juga harus
mengabil pendekatan supaya anggota tidak lagi terjebak dalam kancah yang tidak
sihat ini. Orang paling paling dekat seperti keluarga dan rakan perlu mengambil
insiatif agar dapat membanteras gegala ini seperti mendekatkan diri dengan
agama supaya tidak lagi terpesong..kita juga sedia maklum yang dadah ini juga
adalah Haram di sisi Islam dan juga kita tahu yang agama lain pun tidak
membenarkan untuk mengambil dadah ini. Pada zaman era terdahulu juga sering
kita mendengar penglibat anggota terhadap arak. Gejala ini juga adalah titik
permulaan dari terjerumusnya dalam aktivi tidak sihat. Yang dahulu budaya
meminum arak ini amat popular dan mudah diperolehi.

Walaubagaimanapun TLDM sudah mula mengambil berat dengan
menjalakan aktiviti keagamaan dan penerapan nilai-nilai murni di dalam TLDM.
Inisiatif ini juga dilihat Berjaya diterapkan kepada semua peringkat Pegawai
mahupun Anggota the Navy People.   Namun begitu
gejala sosial tetap juga akan berlaku dan sekarang juga  yang sering kita dengar terdapat beberapa
jenis seperti ecstasy dan methamphetamine pula menjadi kegilaan walaupun
harganya yang sangat mahal tetapi jenis seperti ini sangat mudah di perolehi.
Kesan pengambilan dadah jenis kimia ini lagi teruk akan memberi kesan yang
buruk berbeza dari dadah jenis organik pada anggota yang mengambilnya.

Oleh yang demikian gejala ini juga adalah yang paling
kuat dikaitkan dengan anggota TLDM. Faktor utama masa kini menyebabkan kes-kes
di dalam perkhidmatan mudah bocor dan mudah terdedah di dalam media social dan
media cetak seperti yang kita ketahui juga secara tidak langsung kes – kes
menglibatkan anggota juga sangat mudah terdedah kepada pengetahuan masyarakat
luar. Ini juga boleh menjatuhkan nama baik TLDM.

 

PERBINCANGAN

Tidak dinafikan juga masalah gejala dadah dikalangan
anggota TLDM sebelum ini kebanyakan kesalahan disiplin dijaga dan dikawal
secara dalaman oleh pegawai, bintara, jurulatih atau anggota terkanan. Setiap
kesilapan atau kesalahan yang sekecilnya menerima hukuman seperti kawad
tambahan atau tahanan cuti.

Masalah era dizaman ini tidak lagi seperti dahulu. Di
zaman ini juga anggota pegawai, bintara atau anggota terkanan lebih banyak
menjaga hal sendiri dari menjaga hal anak buah sendiri, sedangkan ada segelintir
yang tahu tentang terlibat nya anggota bawahna mengenai terlibat nya dalam
gejala penagihan dadah ini. mereka tidak lagi ingin menjaga tepi kain anggota
bawahan yang melakukan kesalahan disiplin walaupun berlaku di depan mata mereka
sendiri. Ini kerana anggota terkanan pada masa sekarang tidak mampu untuk
mengawal pergerakan anggota. Dalam hal ini juga jika terdapat anggota bwahana
yang terlibat dengan dadah mereka ini terlalu licik untuk di kawal sehingga ada
diantara mereka yang ditangkap oleh anggota terkanan mereka akan memeras ugut
dari pelbagai segi untuk melepas kan diri mereka dari di bawa ke meja
pertuduhan. Salah satu faktor juga 
terlalu rumit prosedur untuk membawa seseorang anggto yang di tangkap
itu ke muka pengadilan.

Ini juga lebih menyukarkan keadaan untuk membendung
masalah ini.Telah terbukti merupakan banyak persoalan salahlaku di kalangan
anggota yang baru berkhidmat dimana golongan ini kurang ketahanan mental dan
rohani dan mudah terjerumus ke arah gejala yang tidak bermoral ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bila kita soalkan pula mengenai bab akidah dan kejahilan
juga adalah faktor utama penyumbang terhadap gejala tidak sihat anggota TLDM
yang mana terlalu mudah terpengaruh dengan hasutan rakan yang telah lama
menceburi dalam hal ini.Dalam mengilangkan rasa stess akibat kerja mereka juga
mencari jalan untuk berhibur  di pusat
–pusat hiburan sehingga terjebak dengan najis dadah ini. Ini juga salah satu
punca utama yang akan bermula nya masalah ketagihan ini , Meraka yang terlibat
itu lama kelamaan menjadi ketagih sehingga tidak dapat mengawal perasaan yang
sentiasa ingin berhibur demi memuaskan hati sendiri dalam masa yang sama mereka
telah merosakkan masa depan kerjaya dan bagi yang berkeluarga akan mendapat
impak yang sangat buruk jika mereka ditangkap. Banyak juga telah kita dengar
tentang anggota yang terlibat dengan dadah ini telah diberhentikan perkhidmatan
dan ada juga yang bercerai beri akibat dengan najis dadah ini.

Oleh yang demikian sebagai anggota yang terkanan perlu
ada sifat ambil tahu di dalam perkhidmatan bagi memastikan setiap anggota di
bwah jagaan nya tidak terlibat dalam penagihan dadah ini. Seperti org tua-tua
cakap mencegah sebelum terlambat. Pihak pengurusan TLDM juga harus lebih tegas
dan peka sewaktu melaksanakan pemilihan calon-calon pegawai mahupun anggota di
peringkat pemilihan anggota , iaitu mengenal pasti latar belakang seseorang calon
sebelum dipilih menjadi seorang pegawai atau anggota tentera laut. Pihak
pengurusan tidak boleh mengambil mudah dalam pemilihan calon. Pendekatan ini
juga harus di ambil berat bagi memastikan TLDM tidak salah memilih calon untuk
menjai seorang anggota bagi megelakkan kerusian mengabil calon yang akan
membawa masalah kepada ATM khas nya TLDM khasnya.

KESIMPULAN

Setakat ini pihak pengurusan juga komited dalam hal ini
bagi memastikan TLDM di dalam landasan yang betul bagi memastikan setiap
anggota menjadi modal insan yang cemerlang dan berminda kelas pertama bagi
memupuk setiap anggota supaya menjadi contoh kepada masyarakat luar,

Pihak pengurusan juga  bertanggungjawab untuk menjadikan setiap
anggota yang baru supaya mengambil berat tentang kemahiran dalam bidang kerja
supaya menjadikan seseorang anggota itu contoh yang baik kepada anggota
bawahan.

Dalam masa yang sama pengurusan perlu mencari jalan yang
terbaik bagi memastikan setiap latihan yang diberikan kepada anggota yang baru
dapat di aadaptasikan menjadi anggota yang befikiran cerdas. Ini juga perlu
dipupuk dari awal untuk menjadikan seseorang anggota itu dapat menjalakan
setiap tugasan yang diberikan. Latihan berterusan juga konsisten untuk
seseorang anggota itu sentiasa cerdas dalam menjalan kan setiap tugas yang
diberikan.

Di samping itu juga pengurusan perlu lebihkan  kefaham agama setiap anggota bagi memastikan
setiap anggota perlu mendapat ilmu agama yang secukupnya bagi megelakan setiap
anggota itu terpesong di dalam kancah yang tidak bermoral. Seperti yang kita
tahu juga jika seseorang itu berpegang teguh pada agama ia tidak akan melalukan
sebarang kerja yang tidak bermanfaat..

Anggota perlu diberi penekanan di dalam hal agama supaya
setiap apa yang dilakukan tidak sia-sia , Jika seseorang individu yang bermasalah
ini akan berfikir lebih baik jika mereka terdidik jika berpegang pada agama
anggota itu sendiri akan berupaya untuk membuat pilihan untuk memilih jalan
hidup yang baik. Mereka jugadapat menyelesaikan segala masalah dalaman yang
mereka hadapi secara berkesan. Untuk mendapat keberkatan di dalam  kehidupan, Islam juga telah menerapkan panduan
dalam pengambilan bahan yang akan memudaratkan tubuh badan seperti makanan,minuman
dan bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan agar setiap umatnya tidak terjerumus
dalam mengambil bahan yang ditegah. Ini juga adalah untuk memastikan  kehidupan setiap manusia agar sentiasa
terpelihara akidah dan amalannya..

Seperti yang sedia maklum juga setiap Anggota terikat
dengan akta undang-undang 1972. Akta ini juga telah melarang segala anggota
supaya tidak terlibat di dalam sebarang gejala yang tidak sihat. Namum jika ada
anggota yng terlibat didalam setiap kesalah yang di tetap kan anggota juga kan
dijatuhkan hukuman mengikut akta yang sedia ada.

CADANGAN

Namun yang demikian terbukti juga amalan yang dahulu yang
diamalkan terbukti berjaya mendidik perilaku anggota pada masa dahulu patut
diteruskan agar anggota bawahan bersifat regimental, menghormati kepada anggota
terkanan dan patuh pada arahan pegawai atasan. Apabila seorang anggota itu
mempunyai sifat ini, pasti masa akan datang tidak lagi mereka melakukan sebarang
kesalahan dan  akan lebih takut untuk melanggar
segala peraturan.

Disamping itu pihak tatatertib di setiap unit harus lebih
fokus  untuk menyelaraskan setiap kaedah
yang betul mengikut arahan yang sedia ada. Pegawai dan Bintara Bahagian perlu
mamainkan peranan bagi memastikan setiap anggota dibawahnya bebas dengan
masalah terjerumus dengan aktiviti dadah ini. Pegawai dan Bintara juga perlu
mengambil berat tentang kebajikan anggota supaya anggota tidak tertekan dengan
masalah kerja yang mengakibat kan anggota stress lalu mengambil jalan singkat
dengan mengambil dadah sebagai penenang. Segala masalah juga perlu di atasi
dengan baik supaya anggota itu dapat mejalankan tugas dengan baik dan sempurna.

Penutup bicara saya, Dengan ada organisasi TLDM yang
unggul dan cekap dalam menangani masalah salahlaku pegawai dan anggota agar
dapat menjadi contoh kepada setiap organisasi Penjawat Awam ataupun yang lain
demi untuk menjaga  kedaulatan dan
maritim negara dari diceroboh oleh anasir luar. Saya akhiri dengan berpegang
dengan slogan “SEDIA BERKORBAN’.

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Eileen!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out